Hardcore Deep Sea Fishing
Setahun sekali kalu ada peluang mesti join my brother punya group pergi memancing laut dalam. Setakat ini sejarah peribadi menaikkan Ikan GT seberat 15KG. Punya le trill naik menangkap ikan GT ini mengunakan kaedah popping dengan perambut yang disediakan oleh Pak Mat Juragan Bot. Bila ikan GT ini memakan umpan memang tak boleh nak pump joran langsung kena tunggu dia letih baru le kita boleh mengepam. Nyaris tak jatuh dari Bot dibuatnya apabila Ikan GT ini menarik umpan. Pengalaman yang memang tidak dapat dilupakan bayangkan le nak menaikkan ikan ini memerlukan masa antara 30 hingga 60 minit. Kalau beratnya yang mencecah lebih 15KG memang akan putus punya walaupun tali mencecah di antara 100 lb hingga 150 lb. Kalu dapat naik bot itu kira nasib le selalunya akan putus. Malah ada geng yang terpaksa kehilangan 5 hingga 10 popper disebabkan oleh tarikan ikan GT ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment