Thursday, February 5, 2009

Trip Memancing Udang Di Endau Rompin






Udang Galah dipancing hanya menggunakan cacing tanah. Udang galah besar yang dipancing boleh mencecah 500G - 600G. Memancing Udang galah perlu kesabaran dan cara memancing yang betul. Jika tidak udang yang makan umpan mudah terlepas daripada Joran.
Bot yang boleh memuatkan 4 Pemancing masing-masing memperolehi lesen sepit biru pada pancing kali ini. Kami bermalam bermalam di atas Rumah Rakit yang terletak 45 minit dari jeti bot Sg Endau Rompin.

Thursday, November 6, 2008

Bermain Dengan Kelah Di Kelah Sanctuary Kenyir


Spesis yang paling sukar untuk dilihat malah bukan senang untuk dijinakkan. Namun kelah di Tasik Kenyir tersangat jinak yang hidup liar di salah satu sungai di sana. Memang sukar hendak digambarkan apabila anda dikelilingi oleh spesis yang sangat berharga, boleh dipegang dan diberi makan macam kita beri kucing makan ditangan.

Saturday, June 14, 2008

Hardcore Deep Sea Fishing

Hardcore Deep Sea Fishing

Setahun sekali kalu ada peluang mesti join my brother punya group pergi memancing laut dalam. Setakat ini sejarah peribadi menaikkan Ikan GT seberat 15KG. Punya le trill naik menangkap ikan GT ini mengunakan kaedah popping dengan perambut yang disediakan oleh Pak Mat Juragan Bot. Bila ikan GT ini memakan umpan memang tak boleh nak pump joran langsung kena tunggu dia letih baru le kita boleh mengepam. Nyaris tak jatuh dari Bot dibuatnya apabila Ikan GT ini menarik umpan. Pengalaman yang memang tidak dapat dilupakan bayangkan le nak menaikkan ikan ini memerlukan masa antara 30 hingga 60 minit. Kalau beratnya yang mencecah lebih 15KG memang akan putus punya walaupun tali mencecah di antara 100 lb hingga 150 lb. Kalu dapat naik bot itu kira nasib le selalunya akan putus. Malah ada geng yang terpaksa kehilangan 5 hingga 10 popper disebabkan oleh tarikan ikan GT ini.

Terengganu As A Fishing Heaven

Terengganu memang sinonim dengan syurga bagi kaki memancing terutamanya memancing laut dalam. Bulan yang sesuai untuk memancing laut dalam adalah di antara bulan April - Mei dan Julai - September. Selain itu mencandat sotong dalam bulan Mei merupakan satu pesta yang sepatutnya merupakan program wajib setiap tahun bagi kaki memancing. Mencandat sotong tidak memerlukan modal yang besar malah joran yang harganya di antara RM20 - RM50 yang memerlukan tali joran sekitar 15lb - 30lb sudah cukup untuk menaikan sotong besar . Manakala bagi kaki memancing laut dalam modalnya cukup besar di mana peralatan yang dibawa berharga di antaraRM1,500 hingga RM5,000 .
Memancing Udang Galah merupakan salah satu aktiviti memancing yang menarik. Terdapat banyak lokasi memancing udang galah di Malaysia antaranya Bagan Datuk, Kuala Selangor, Tanjung Malim, Pantai Merdeka, Sungai Rembau, Kuala Rompin dan lain-lain tempat. Namun tempat yang paling menarik memancing Udang Galah ialah di Kuala Romping. Udang Galah yang dipancing besar-besar saiznya dan yang paling bestnya boleh tidur di chalet terapung. Dalam chalet ini pula kita boleh memasak ikan baung yang fresh dan kalau nak goreng udang galah yang baru dipancing pun boleh. Sekurang-kurangnya dua pinggan nasi mesti licin punya.

Saturday, May 10, 2008

YB Bukit Gantang Dengan Tangkapan GT


YB Bukit Gantang juga tidak melepaskan peluang menaikkan GT seberat 17 KG

Menangkap GT Adalah Satu Kepuasan


Sampai dua orang (Nizam & Nain) diperlukan untuk mengangkat GT seberat 20 KG