Saturday, June 14, 2008

Memancing Udang Galah merupakan salah satu aktiviti memancing yang menarik. Terdapat banyak lokasi memancing udang galah di Malaysia antaranya Bagan Datuk, Kuala Selangor, Tanjung Malim, Pantai Merdeka, Sungai Rembau, Kuala Rompin dan lain-lain tempat. Namun tempat yang paling menarik memancing Udang Galah ialah di Kuala Romping. Udang Galah yang dipancing besar-besar saiznya dan yang paling bestnya boleh tidur di chalet terapung. Dalam chalet ini pula kita boleh memasak ikan baung yang fresh dan kalau nak goreng udang galah yang baru dipancing pun boleh. Sekurang-kurangnya dua pinggan nasi mesti licin punya.

No comments: